Cari @ Amanz

Imej pengolokan rasmi HUawei Mate 40 Pro telah tertiris pada penghujung minggu lalu menunjukkan panel belakang seakan sebuah iPod. Kini rekaan panel belakang Huawei Mate 40 RS pula telah tertiris dan nampaknya di dilengkapi sistem penta-kamera pula.

Kesemua lima kamera utama ini diletakkan di dalam bonggol kamera berbentuk heksagon. Lima kamera yang mungkin digunakan mungkin mempunyai konfigurasi lensa seperti P40 Pro+ yang dilancarkan awal tahun ini.

Anda pasti menyedari terdapat enam lubang pada panel belakang di atas. Ini adalah kerana terdapat sebuah sensor tambahan yang boleh digunakan untuk membaca suhu badan disertakan. Di era Covid-19, Huawei merasakan sensor ini adalah ciri yang perlu disertakan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd