Cari @ Amanz

Sebelum ini kami melaporkan saiz bateri iPhone 12 dan 12 Mini yang masing-masing adalah 2815 mAh dan 2227 mAh. Maklumat diketahui selepas peranti melepasi laman pensijilan di Brazil. Kini kapasiti bateri iPhone 12 Pro dan 12 Pro Max juga telah diketahui.

iPhone 12 Pro dilengkapi  bateri sebesar 2775mAh manakala 12 Pro Max pula dilengkapi bateri sebesar 3687mAh. Kapasiti kedua-dua model adalah lebih kecil berbanding iPhone 11 Pro (3046mah) dan 11 Pro Max ( 3969 mAh) tahun lalu. Maklumat ini pastinya sedikit mengecewakan kerana tahun lalu kapasiti bateri meningkat mendadak berbanding iPhone XS dan XS Max.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd