Pengguna Peranti Realiti Maya Oculus Quest 2 Dikunci Dari Facebook, Permainan Oculus Go Tidak Disokong

Pengguna Peranti Realiti Maya Oculus Quest 2 Dikunci Dari Facebook, Permainan Oculus Go Tidak Disokong

Diterbitkan pada Okt 19, 2020 oleh .

Peranti realiti maya Oculus Quest 2 dilancarkan pada bulan lepas, dan ia kini sudahpun mula tiba di rumah para pengguna yang telah menempahnya.

Walaupun begitu, terdapat pengguna Oculus Quest 2 ini yang mengadu bahawa mereka telah dikunci daripada akaun Facebook mereka apabila ia digunakan untuk melog masuk ke peranti Oculus Quest 2.

Isu ini cukup serius kerana apabila laporan dihantar ke pihak perkhidmatan pengguna Facebook, pengguna-pengguna ini mendapat maklum-balas bahawa akaun-akaun mereka telah dikunci secara tetap kerana ia “melanggar tatacara penggunaan akaun Facbook”.

Lebih teruk lagi, pihak khidmat pelanggan Facebook mengatakan bahawa akaun yang dikunci tersebut tidak boleh diaktifkan semula, dan sebarang permintaan untuk mengaktifkannya kembali tidak akan dilayan.

Sebelum ini, pengguna boleh log masuk ke peranti realiti maya Oculus Quest menggunakan akaun Oculus. Tetapi sejak ia diambil-alih oleh Facebook, syarikat media sosial tersebut telah menyeragamkan peranti-peranti ini untuk menggunakan akaun Facebook sahaja.

Pihak Facebook juga telah mengeluarkan kenyataan mengenai isu ini, dan mengatakan bahawa jumlah pengguna yang menghadapi masalah ini adalah sangat kecil, dan ia akan diperbaiki secepat yang mungkin.

Dalam pada itu, John Carmack, Ketua Pegawai Teknologi Oculus, John Carmack mengatakan bahawa Oculus Quest 2 tidak akan menyokong permainan-permainan Oculus Go yang lama, tidak seperti Oculus Quest sebelum ini.

Satu-satunya penjelasan yang diberi ialah cadangan beliau untuk membolehkan Oculus Quest 2 menyokong permainan-permainan lama tersebut telah ditolak di meja mesyuarat Oculus dan Facebook.



Paling Popular