Pengguna Apple Watch SE Melaporkan Masalah Pemanasan Melampau

Pengguna Apple Watch SE Melaporkan Masalah Pemanasan Melampau

Diterbitkan pada Okt 20, 2020 oleh .

Apple Watch SE baru sahaja dipasarkan di Malaysia dan merupakan model yang tidak menyertakan ciri ECG dan menggunakan cip S5 tahun lalu. Walaupun baru sahaja dipasarkan di peringkat global, beberapa masalah mula dilaporkan.

Di Korea Selatan, enam insiden peranti mengalami masalah pemanasan melampau dilaporkan. Peranti menjadi terlalu panas sehingga mengakibatkan kulit terasa seperti terbakar. Ada yang melaporkan ia berlaku ketika dipakai dan ada juga yang berlaku ketika ia sedang dicas. Bahagian skrin bersebelahan butang roda berputar akan bertukar warna apabila ini berlaku.

Pihak Apple telahpun menghubungi pelanggan yang terkesan dan memberikan unit gantian. Buat masa ini masalah hanya dilaporkan oleh pengguna di Korea Selatan sahaja.



Paling Popular