Carian
Markah Penanda Aras Untuk Samsung Galaxy M02 Dikatakan Tertiris Ke Arena Web
October 20, 2020 Amy Maizuraa


Samsung sebelum ini dikhabarkan dalam pembangunan untuk dua lagi peranti kelas permulaan baharu, salah satu daripadanya adalah Samsung Galaxy M02. Terkini, terdapat satu laporan baharu yang mendakwa penanda aras untuk peranti ini dikatakan tertiris ke arena web.

Peranti ini dilihat muncul dengan kod nama SM-A025F dan ia menunjukkan peranti ini merangkul sebanyak 128 mata untuk ujian satu teras, manakala 486 mata pula untuk ujian pelbagai teras. Melaluinya juga, ia dipercayai menggunakan pemproses daripada Snapdragon – yang berkemungkinan adalah Snapdragon 450 dengan kelajuan mencapai 1.80GHz, bersama memori 3GB RAM dan perisian Android 10 terkini. Tiada butiran lain mengenainya yang diperoleh buat masa ini, namun kita mungkin mendengar lebih lanjut dalam masa terdekat.

Komen