TV Boleh-Gulung LG Signature OLED R Mula Dijual Pada Harga Hampir RM400,000
LG

TV Boleh-Gulung LG Signature OLED R Mula Dijual Pada Harga Hampir RM400,000

Diterbitkan pada Okt 20, 2020 oleh .

Televisyen dengan skrin boleh gulung pertama dunia, LG Signature OLED R diperlihatkan dua tahun lalu bagi merealisasikan impian televisyen yang tidak memakan ruang apabila tidak digunakan. Ia akhirnya mula dipasarkan di Korea Selatan dengan harga jualan KRW 100 juta yang bersamaan dengan RM 363,231 sebuah.

LG Signature OLED TV R ini hadir dengan paparan yang bersaiz 65 inci dan mempunyai resolusi 4K. Skrinnya boleh dilaras ke ketinggian yang diperlukan bergantung kepadab nisbah media yang dipaparkan. Sebagai contoh skrin boleh memaparkan kandungan 16:9, 18:9 dan 21:9 tanpa sebarang palang hitam seperti televisyen skrin konvensional di pasaran sekarang.

Jika pengguna tidak lagi ingin menonton rancangan televisyen, paparan ini boleh digulung masuk ke dalam sebuah kabinet yang juga turut menempatkan sepasang pembesar suara 4.2 yang hadir dengan sokongan untuk teknologi audio Dolby Atmos berkuasa.



Paling Popular