Mi Watch Color Generasi Kedua Akan Hadir Dengan Sensor SpO2

Mi Watch Color Generasi Kedua Akan Hadir Dengan Sensor SpO2

Diterbitkan pada Okt 20, 2020 oleh .

Mi Watch Color adalah jam tangan pintar mampu milik dari Xiaomi. Ia adalah seakan penjejak kesihatan tetapi dengan rekaan jam tangan. Jam ini juga merupakan jam tersendiri Xiaomi, dan tidak seperti Mi Band yang pengeluarannya adalah dari Huami/Amazfit. Mi Watch Color diberi nama Mi Watch untuk pasaran global termasuk Malaysia dan bukannya Mi Watch di China yang menjalankan MUI for Watch berasaskan Wear OS.

Di Malaysia, Mi Watch (versi Color atau Revolve) hanya akan tiba Disember ini. Tetapi sekarang Xiaomi sudah pun sedia dalam pengeluaran generasi kedua pula. Mi Watch Color versi pertama tidak menyertakan sensor SpO2 iaitu untuk mengukur oksigen dalam darah. Tetapi generasi kedua kelak akan mempunyai sensor ini. Bukan itu sahaja, ia turut kekal dengan rekaan skrin bulat dan mempunyai butang fiizkal di sisi.

Disebabkan generasi pertama baru sahaja memasuki pasaran global, generasi kedua ini mungkin akan tiba ke pasaran global lebih lewat.



Paling Popular