Portrait Lighting Kini Diedarkan Untuk Semua Pengguna Pixel

Portrait Lighting Kini Diedarkan Untuk Semua Pengguna Pixel

Diterbitkan pada Okt 21, 2020 oleh .

Awal bulan Oktober, Google Photos telah dikemaskini dengan fungsi suntingan yang lebih banyak.  Ia menggunakan kecerdasan buatan untuk suntingan automatik, memapu menghasilkan latar belakang yang kabur, mengubah kekuatan warna dan juga antaramuka yang lebih mudah digunakan.

Semasa kemaskini ini diumumkan, ia turut hadir dengan fungsi Portrait Lighting khusus untuk Pixel 4a 5G dan juga Pixel 5. Terkini, Google Photots telah dikemaskini sekali lagi untuk membawakan sokongan mod potret baharu ini kepada semua pengguna Pixel. Mod ini dilihat mirip seakan mod potret pada iPhone, yang mana banyak kesan cahaya yang boleh dipilih. Tetapi berbeza dengan kebanyakan peranti lain, yang fungsi terbina dalam aplikasi kamera. Pengguna Pixel hanya boleh gunakan fungsi ini melalui aplikasi galeri lalai – Google Photos.

Tidak pasti lagi sama ada adakah fungsi ini terhad kepada pengguna Pixel atau kelak akan diedarkan kepada semua pengguna. Ini kerana sebelum ini kemampuan mengubah tahap kekaburan dalam Google Photos yang khusus untuk Pixel turut diedarkan kepada semua pengguna Android.



Paling Popular