Cari @ Amanz

Bulan Jun lalu, Google telah bekerjasama dengan Parallel untuk membawakan sokongan perisian Windows agar ia boleh dijalankan pada Chrome OS. Parallel memang pakar membawakan sokongan perisian Windows ke sistem operasi lain. Mereka turut membawakan sokongan untuk Mac tahun 2014 lagi.

Terkini fungsi ini telah rasmi dan boleh digunakan. Walau bagaimanapun, ia terhad kepada pengguna Chromebook untuk perusahaan sahaja dan perlu membayar $69.99 setahun untuk satu pengguna, iaitu sekitar RM290 setahun atau lebih kurang RM24 sebulan. Tetapi ia bukan seakan mesin maya menjalankan Windows atau jenis yang bergantung kepada Internet. Sebaliknya boleh digunakan 100% luar talian dan sebelah menyebelah dengan aplikasi Chrome OS.

Parallel untuk Chrome OS ini adalah seakan pleagak dan menjalan Windows versi penuh serta perisian versi penuh. Ia juga adalah integrasi penuh, seperti papan klip, pautan yang ditekan, semuanya boleh dibuka pada Chrome OS dengan mudah. Pencetak turut boleh digunakan melalui pelagak Windows ini. Walau bagaimanapun, aksesori USB lain seperti kamera web tidak disokong lagi. Ia juga terhad kepada Chromebook dengan spesifikasi tinggi sahaja seperti janaan cip Intel Core i5, 16GB RAM dan storan dalaman SSD 128GB.

Parallel turut disertakan dalam Google Admin Console, yang mana pentadbir boleh kawal sama ada ingin aktifkan atau matikan kemampuan ini. Berikut adalah senarai Chromebook yang disokong buat masa ini;

  • HP:
    • HP Elite c1030 Chromebook Enterprise
    • HP Pro c640 Chromebook Enterprise
  • Google:
    • Google Pixelbook
    • Google Pixelbook Go
  • Acer:
    • Acer Chromebook Spin 713 (CP713-2W)
    • Acer Chromebook Spin 13 (CP713-1WN)
  • Dell:
    • Dell Latitude 5300 2-in-1 Chromebook Enterprise
    • Dell Latitude 5400 Chromebook Enterprise
  • Lenovo:
    • Lenovo Yoga C630 Chromebook
  • ASUS:
    • ASUS Chromebook Flip C436FA
© 2024 Amanz Media Sdn Bhd