Xiaomi Mi Watch Color Sports Edition Dilancarkan – Hadir Dengan Sensor SpO2

Xiaomi Mi Watch Color Sports Edition Dilancarkan – Hadir Dengan Sensor SpO2

Diterbitkan pada Okt 21, 2020 oleh .

Semalam kami telah melaporkan yang Xiaomi akan hadir dengan Mi Watch Color generasi baru yang mempunyai sensor SpO2. Ini kerana generasi pertama tidak mempunyai sensor ini. Sensor ini adalah untuk mengukur kandungan oksigen dalam darah. Hari ini, Mi Watch Color baharu telah dilancarkan. Tetapi ia bukannya generasi kedua, cuma ia adalah satu edisi baru khusus untuk mereka yang aktif.

Mi Watch Color Sports Edition adalah jam tangan pintar tersebut. Secara keseluruhan, ia kelihatan seakan sama sahaja. Tetapi Mi Watch Color Sports Edition ini dimuatkan dengan lebih banyak mod sukan, ciri dan fungsi. Ia kini mempunyai 117 mod sukan dan penjejak atau pemantauan aktiviti. Sensor pengimbas nadi pula adalah jenis ultra-lebar, mempunyai GPS yang lebih jitu, NFC dan juga Bluetooth 5.0. Bateri pula adalah 420mAh dengan ketahanan 16 hari.

Skrin pula adalah jenis HD AMOLED bersaiz 1.39-inci dan kini mempunyai 120 pilihan muka jam terbina. Warna yang ditawarkan adalah hitam, biru dan putih serta mempunyai enam pilihan tali jam. Harga jualan adalah RMB 699, iaitu sekitar RM435.



Paling Popular