Cari @ Amanz

Bulan lepas, semasa Jabra melancarkan TWS terbaru mereka iaitu Jabra Elite 85t – mereka turut tidak melupakan model terdahulu iaitu siri Jabra Elite 75t. Jika 85t menyokong pembatalan hingar aktif, Jabra turut memberitahu yang kedua-dua Elite 75t boleh dikemaskini untuk menerima sokongan pembatalan hingar aktif.

Mereka janjikan yang kemaskini tersebut akan diedarkan pada bulan Oktober. Kini Oktober sudah pun hampir tamat, kemaskini ini sudah diedarkan. Tetapi, untuk menerima kemaskini ini – aplikasi Sound+ perlu dikemaskini terlebih dahulu melalui App Store atau Play Store. Kemaskini untuk TWS adalah versi 2.0.0 (1033), manakala kemaskini aplikasi untuk Android dan iOS adalah versi 4.7.1.

Mod pembatalan hingar aktif ini adalah jenis yang asas sahaja dan bukannya sehebat Elite 85t atau Sony melalui siri XM3 atau XM4 mereka. Ia boleh menapis sedikit bunyi bising melalui frekuensi tertentu sahaja. Cuma menjadikan kemaskini ini menarik adalah, pengguna boleh melaras sendiri tahap ANC yang diinginkan. Secara tidak langsung, ia akan mempunyai profil berbeza mengikut citarasa pengguna.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd