Airbnb Mengumumkan Kerjasama Dengan Jony Ive Bagi Menghasilkan Rekaan Produk

Airbnb Mengumumkan Kerjasama Dengan Jony Ive Bagi Menghasilkan Rekaan Produk

Diterbitkan pada Okt 22, 2020 oleh .

Selepas meninggalkan Apple untuk membuka firma rekaan sendiri LoveFrom, ramai yang menantikan produk seterusnya yang akan menerima sentuhan Jony Ive. Penantian berakhir selepas Airbnb mengumumkan mereka akan mengadakan kerjasama dengan Jony Ive.

Dalam kerjasama selama beberapa tahun, Jony Ive akan mereka produk dan perkhidmatan generasi baru Airbnb. Beliau juga akan turut membantu melatih pasukan rekaan dalaman Airbnb. Sebagai pereka yang terlibat dalam penghasilan produk ikonik seperti MacBook, iMac dan iPhone, Jony Ive mempunyai reputasi yang cukup disegani industri.

Antara tugas terakhir beliau di Apple ialah mereka bangunan Apple Park. Adakah estetik rekaan Airbnb kelak juga akan menjadi ikutan ramai selepas menerima sentuhan Jony Ive? Masa akan menentukannya.



Paling Popular