Huawei Sound Juga Rasmi – Pesaing Kepada HomePod Mini

Huawei Sound Juga Rasmi – Pesaing Kepada HomePod Mini

Diterbitkan pada Okt 23, 2020 oleh .

Selain pengenalan siri Huawei Mate 40 dan sejumlah lagi aksesori lain, jenama ini turut hadir dengan pembesar suara pintar terkini – Huawei Sound. Ia merupakan pesaing kepada HomePod Mini daripada Apple yang dilancarkan tempoh hari. Difahamkan juga, Huawei sekali lagi bekerjasama dengan Devialet untuk pengenalan pembesar suara pintar ini.

Sama seperti pendahulunya, model terbaru ini juga hadir dengan rekaan berbentuk bulat tetapi dengan tubuh yang lebih kecil dan ringan – dengan dimensi 147mm x 186.7 mm dan berat sekitar 2.2kg. Sokongan memori masih sama seperti pendahulunya, di mana ia menggunakan memori 512MB RAM dan storan dalaman 8GB. Ia turut dilengkapi teknologi Sound Active Matching (SAM) 2.0 untuk penghasilan audio HiFi, selain tindak balas frekuensi lebih baik sekitar 55Hz-40kHz untuk pengalaman audio yang baik pada bahagian bass.

Di samping itu, ia juga menyokong audio Hi-Res dengan tiga pembesar suara, selain sokongan untuk codec LDAC Bluetooth dengan kelajuan pemindahan mencapai 990kbps. Spesifikasi lain termasuklah sokongan wi-fi 802.11ac, bluetooth 5.0, NFC dan butang pelbagai fungsi yang diletakkan pada bahagian atas. Huawei Sound ditawarkan pada harga €199 (~RM974) untuk seunit.



Paling Popular