Prototaip Senjata Hipersonik Mempertahankan Kapal Pengangkut Pesawat Akan Dibangunkan Boeing

Prototaip Senjata Hipersonik Mempertahankan Kapal Pengangkut Pesawat Akan Dibangunkan Boeing

Diterbitkan pada Okt 23, 2020 oleh .

Di dalam novel The Sums of All Fears oleh Tom Clancy, sebuah pesawat pengangkut nuklear milik Tentera Laut Amerika Syarikat berjaya diserang oleh Soviet dengan menggunakan peluru berpandu. Di dunia sebenar China meletakkan bateri peluru berpandu di kawasan pesisir untuk mengelakkan armada musuh dari menghampiri perairan mereka. Oleh sebab itulah sistem CAP (Combat Air Patrol) menjadi gelembung pertahanan utama kapal pengangkut A.S.

Bagi membolehkan CAP mematahkan serangan musuh dengan lebih pantas, sistem Supersonic Propulsion Enabled Advanced Ramjet (SPEAR) akan dibangunkan. Peluru berpandu SPEAR ini akan digunakan pada pesawat F/A-18 Super Hornet untuk memusnahkan musuh dari jarak jauh sebelum ia memasuki gelembung pertahanan. Boeing telah diberikan kontrak bernilai $30 juta (~RM122 juta) untuk membangunkan prototaip peluru berpandu hipersonik dengan enjin ramjet menjelang 2022.

USS Nimitz – US Navy

Keperluan senjata hipersonik untuk tentera Amerika Syarikat dipercepatkan kerana senjata dengan kemampuan sama seperti 3M22 Zircon oleh Rusia telahpun beroperasi dengan kelajuan mencecah Mach 9.

Tahun lalu Northrop Grumman dan Raytheon mengesahkan pembangunan peluru berpandu hipersonik untuk kegunaan Tentera Udara Amerika Syarikat atas tujuan yang sama. Kerana ianya terlalu pantas, adalah mustahil untuk mematahkan serangnya dengan sistem pertahanan sedia ada.


Paling Popular