Cari @ Amanz

Program Skyborg dimulakan oleh Tentera Udara Amerika Syarikat (USAF) bagi membina dron yang akan menjadi pengiring kepada jet tempur di masa hadapan. Dengan Skyborg, tugas remeh memasuki ruang udara musuh dan kemudian melakukan pemantauan akan dilakukan tanpa membahayakan jet tempur dengabn juruterbang manusia.

BAE Systems ialah syarikat terkini yang dianugerahkan kontrak untuk membina Skyborg oleg USAF. Mereka kini bersaing dengan Boeing, General Atomics, Kratos dan Nortrop Grumman untuk memenangi kontrak akhir membekalkan Skyborg untuk kegunaan di medan perang.

Dengan kos jet tempur generasi ke-6 yang tinggi serta jumlah yang dihasilkan adalah terhad. Penggunaan Skyborg boleh menggandakan kemampuan setiap jet tempur untuk mengalahkan musuh. Beberapa Skyborg boleh diarahkan menjadi pesawat pengiring yang turut dilengkapi senjata.

Selain Skyborg, dron Loyal Wingman oleh Boeing untuk Tentera Udara Diraja Australia juga mempunyai kemampuan yang sama tetapi kini telahpun di dalam fasa ujian.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd