Carian
Waze Kini Menawarkan Suara Yasmin Yusuf Untuk Menemani Pemanduan
October 26, 2020 Effi Saharudin

Pemanduan akan menjadi lebih mudah jika aplikasi navigasi digunakan. Kesesakan dapat dipintas dan jalan yang paling pantas akan diberikan. Bagi pengguna Waze, hari ini anda boleh menggunakan suara DJ popular Yasmin Yusuf untuk memberikan arah pemanduan.

Suara Yasmin boleh dipilih dan hanya ditawarkan dalam Bahasa Malaysia sahaja. Beliau ialah salah seorang lagi selebriti tempatan yang dipinjam suaranya sebagai audio navigasi selepas Altimet, Yuna dan Tony Fernandes sebelum ini. Jika suara mereka masih tidak menarik bagi anda, anda juga boleh menggunakan suara sendiri.

Komen