Huawei Mampatenkan Rekaan Peranti Seakan Galaxy Z Fip

Diterbitkan pada Okt 26, 2020. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Huawei Mate X2 tidak dilancarkan bersama Mate 40 minggu lalu walaupun sebelum berapa laporan meramalkan ini akan berlaku. Peranti kemas kini kepada Mate X asal amat dinantikan bagi memperbaiki beberapa kekurangan yang wujud pada versi pertama. Tetapi rekaan peranti boleh-lipat seterusnya dari Huawei mungkin lebih menyerupai Galaxy Z Flip.

Paten rekaan peranti boleh-lipat dengan rekaan kerangka kerang telah difailkan oleh Huawei ke laman CNIPA (China National Intellectual Property Office) pada 23 Oktober lalu. Jelas kelihatan rekaan yang amat mirip Z Flip kerana tidak berdagu besar seperti Motorola RAZR 5G. Persamaan turut terletak pada penggunaan sistem dwi-kamera pada bahagian luar tetapi menariknya tiada lubang kamera pada skrin boleh-lipat.

Perbezaan pula terletak pada skrin sekun dar yang jauh lebih besar berbanding Z Flip dan menyerupai RAZR 5G cuma pada orientasi yang berbeza. Ini membolehkan notifikasi dibaca dengan lebih mudah serta menjadi viewfinder untuk mengambil swafoto. Walaupun paten telah difailkan, ini tidak bermakna ia akan dilancarkan segera kerana Huawei kini berhadapan dengan masalah mendapatkan bekalan komponen akibat sekatan perdagangan oleh A.S.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami