Cari @ Amanz

Terus kekal aktif. Realme hari ini bukan sahaja memperkenalkan pilihan kemasan baharu untuk model Realme 7 pro. Sebaliknya, jenama ini turut berkongsi berita gembira dengan mengacah kehadiran produk baharu lagi buat peminat setia di Malaysia.

Sebuah entri telah dimuat naik, ia memperlihatkan sebuah gambar dengan perkataan “Narzo” bersama latar belakang hitam. Selain, terdapat juga kapsyen yang memberi gambaran bahawa ia bakal diperkenalkan tidak lama lagi. Tapi sayangnya, entri tersebut dilihat sekadar mengacah sahaja tanpa berkongsi sebarang butiran lanjut – termasuk mengenai tarikh pelancaran dan model Realme Narzo manakah yang bakal dilancarkan kelak.

Seperti biasa, Realme pasti akan berkongsi dengan lebih lanjut dalam masa terdekat ini. Sama-sama kita nantikan perkembangannya untuk menjawab segala persoalan yang bermain di benak fikiran ketika ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd