LG Melancarkan TWS HBS-FN7 – Tone Free Dengan Sokongan Pembatalan Hingar Aktif

LG Melancarkan TWS HBS-FN7 – Tone Free Dengan Sokongan Pembatalan Hingar Aktif

Diterbitkan pada Okt 27, 2020 oleh .

LG Tone Free adalah antara TWS terbaru dari LG yang memasuki pasaran Malaysia. TWS ini juga antara lain daripada yang lain, kerana pod pengecasannya turut berfungsi sebagai alat pembasmi kuman. Bukan itu sahaja, silikonnya juga diperbuat dari bahan medikal yang dikatakan selamat dan lebih selesa. TWS ini dijual pada harga RM699 dan boleh didapati pada harga lebih murah melalui pelbagai promosi.

Model ini adalah HBS-FN6, yang mana hanya menyokong pembatalan hingar pasif. Terkini, LG hadir dengan HBS-FN7 pula. Ia sama sahaja dengan HBS-FN6, tetapi kini dengan sokongan pembatalan hingar aktif. Rekaan dan pod pengecasan semuanya sama sahaja. Apa yang LG lakukan adalah dengan menambah tiga mikrofon pada setiap fon telinga untuk sokongan pembatalan hingar aktif ini.

Ia masih lagi dioptimasikan dengan teknologi Meridian Audio Digital Signal Processing, sokongan melalui aplikasi yang sama, membuat profil audio dan banyak lagi perkara sama dikekalkan. LG turut mengemaskini bahagian lampu indikasi LED, yang mana kini boleh memantau proses pengecasan dan pembasmian kuman. Harga jualan adalah KRW 219,000 iaitu sekitar RM809. Buat masa ini masih tiada informasi sama ada ia akan memasuki pasaran tempatan ataupun tidak.



Paling Popular