(Ura-Ura) Samsung Galaxy S21 Ultra Mungkin Hadir Dengan Lensa Utama 108MP

(Ura-Ura) Samsung Galaxy S21 Ultra Mungkin Hadir Dengan Lensa Utama 108MP

Diterbitkan pada Okt 27, 2020 oleh .

Sebelum ini kita telahpun melihat rekaan untuk Samsung Galaxy S21 Ultra menerusi beberapa imej pengolokan yang tertiris di arena web. Konsep rekaannya dilihat agak unik dengan bahagian kamera utama yang disambungkan terus dari bahagian bingkai. Selain turut kelihatan hadir dengan skrin berlubang di hapadan.

Terkini, giliran spesifikasi peranti pula dikatakan telah tertiris. Sumber mengatakan, peranti ini berkemungkinan hadir dengan paparan jenis melengkung bersama skrin berukuran 6.8-inci. Skrin ini juga dikatakan mungkin menampilkan teknologi Dynamic AMOLED 2X, selain menjalankan antaramuka OneUI 3.0 yang dibina berasaskan sistem operasi Android 11.

Sumber turut mendakwa sistem kuad kamera akan menampilkan lensa utama 108-Megapixel, manakala kamera swafotonya pula sebesar 40-Megapixel yang ditempatkan pada skrin jenis berlubang. Turut difahamkan, bateri sebesar 5,000mAh juga akan digunakan pada peranti ini. Samsung juga dikatakan akan mempercepatkan pengenalan peranti mercu mereka sekitar Januari 2021 kelak.



Paling Popular