Siri Realme Narzo 20 Bakal Dilancarkan Di Malaysia Pada 3 November 2020

Siri Realme Narzo 20 Bakal Dilancarkan Di Malaysia Pada 3 November 2020

Diterbitkan pada Okt 27, 2020 oleh .

Enggan terus berteka-teki, Realme Malaysia kini berkongsi lebih lanjut mengenai maklumat peranti baharu yang dikatakan bakal tiba di Malaysia tidak lama lagi. Peranti yang dimaksudkan sebelum ini adalah siri Realme Narzo 20 yang mana ia dijadualkan akan dilancarkan di pasaran tempatan pada minggu hadapan, 3 November 2020.

Pengumuman ini telah dikongsi sendiri oleh pihak Realme Malaysia menerusi laman Facebook rasmi mereka, sebentar tadi. Turut difahamkan, acara pelancaran ini akan diadakan secara atas talian menerusi laman media sosial tersebut bermula jam 12 tengah hari. Imej dikongsi juga memperlihatkan akan terdapat dua buah model berbeza yang bakal diperkenalkan. Untuk ketahui lebih lanjut, segalanya bakal terjawab pada pelancaran rasmi kelak.



Paling Popular