Pada awal Mei yang lalu, kamera dengan kemampuan merakam 70 trilion bingkai sesaat dibangunkan oleh Lihong Wang seorang penyelidik di Caltech. Menggunakan teknologi yang sama, Lihong Wang kini memperlihatkan kamera terkini dengan kemampuan merakam video 3D pada kadar 100 bilion bingkai sesaat.

Sekiranya kamera 70 trilion bingkai sesaat dibangunkan untuk kajian pergerakan gelombang cahaya dan pelakuran nuklear, kamera 100 bilion bingkai sesaat pula dibangunkan untuk mengkaji fenomena sonoluminescence di mana gelombang bunyi menghasilkan gelembung udara di dalam air. Apabila gelembung udara ini roboh, ia akan memancarkan cahaya. Dengan kamera ultra pantas, penyelidik dapat mengkaji fenomena ini dengan lebih jelas secara tiga dimensi.
Kertas kajian kamera 100 bilion bingkai sesaat ini telahpun diterbitkan di dalam jurnal Nature.