Cari @ Amanz

Beberapa bulan lepas, kita telah mendengar laporan awal mengatakan Samsung akan tidak menyertakan pengecas dan fon telinga di dalam kotak pembelian peranti – lebih kurang seperti langkah yang dilakukan Apple baru-baru ini.

Terbaru, laporan baru hadir, mengatakan Samsung akan melakukan perkara berkenaan melalui telefon mercu akan datang mereka – Galaxy S21 (atau mungkin Galaxy S30).

Samsung dikatakan tidak akan menyertakan kepala pengecas, selain mungkin turut tidak menyertakan fon telinga. Samsung dijangka hanya akan menyertakan kabel dan juga pengeluar kad SIM bersama-sama pembelian peranti dalam kotak.

Dengan hal ini, ia akan mengecilkan saiz kotak. Pada masa yang sama, perkara ini membolehkan Samsung menjual aksesori seperti fon telinga berasingan.

Sebelum ini, Apple tidak menyertakan pengecas dan fon telinga dalam kotak, mengatakan ia adalah usaha untuk mengurangkan impak terhadap alam sekitar.

Samsung dijangka memperkenalkan Galaxy S21 (atau Galaxy S30) ini seawal Januari 2021 kelak. Apa pun, memandangkan sebelum ini Samsung hadir dengan jenaka mengejek Apple kerana membuang pengecas, melakukan perkara sama mungkin akan turut menerima kritikan terhadap jenama Korea Selatan ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd