Oppo A73 Juga Bakal Dilancarkan Di Malaysia Pada 3 November Ini

Oppo A73 Juga Bakal Dilancarkan Di Malaysia Pada 3 November Ini

Diterbitkan pada Okt 27, 2020 oleh .

Dalam diam, Oppo hari ini berkongsi satu entri di laman Facebook rasminya berkaitan pengenalan sebuah lagi model baharu di bawah siri Oppo A. Dikenali sebagai Oppo A73, peranti pintar ini bakal diperkenalkan secara rasmi pada 3 November ini dan acara pelancaran ini bakal berlangsung secara atas-talian eksklusif di platform Shopee, bermula jam 1 petang.

Oppo A73 juga dilihat telah mula disenaraikan di platform berkenaan bersama spesifikasi penuh pada peranti. Ia dilihat hadir dengan paparan bersaiz 6.44-inci, cip pemproses Snapdragon 662, memori 6GB RAM, storan dalaman 128GB dan bateri sebesar 4,015mAh. Kamera utamanya terdiri dengan sistem kuad kamera 16-Megapixel (utama) (f/2.2) + 8-Megapixel (Ultra-Lebar) + 2-Megapixel (Mono) + 2-Megapixel (Mono). Kamera hadapannya pula sebesar 16-Megapixel (f/2.0).

Namun begitu, pihak Oppo masih berteka-teki mengenai penawaran harganya. Justeru, untuk ketahui lebih lanjut nantikan pelancaran rasmi kelak. Sekadar makluman, Realme juga dilihat turut menjadualkan pelancaran untuk siri Realme Narzo 20 pada tarikh yang sama.



Paling Popular