Carian
Ia Dijangka Terdapat Lebih 1 Bilion iPhone Aktif Pada Hari Ini
October 27, 2020 Aman

iPhone merupakan antara telefon pintar popular diseluruh dunia. Ia hadir dengan penawaran pada harga premium, dan pada masa yang sama membawakan jangka hayat peranti yang lama – jikalau dibandingkan dengan sejumlah telefon pintar lain.

Dengan popularitinya, ramai yang sering berminat mendapatkan iPhone – walaupun versi terpakai dan sebagainya.

Kali terakhir Apple mengumumkan angka peranti aktif adalah pada Februari 2019 lepas, mengatakan terdapat lebih 900 juta iPhone yang aktif ketika itu diseluruh dunia.

Terbaru, menurut salah seorang penganalisa, ia dijangka Apple kini mempunyai lebih 1 bilion iPhone yang aktif digunakan pada hari ini di seluruh dunia.

Dengan angka pengguna yang ramai, kini Apple telah mula melihat kepada penawaran perkhidmatan berbayar seperti muzik, storan awan, video dan sebagainya – sekaligus membolehkan pengguna iPhone terus kekal dalam ekosistem Apple.

Buat masa ini, ia hanyalah sekadar jangkaan awal penganalisa berdasarkan anggaran kiraan. Apple masih tidak mengeluarkan sebarang pengumuman berkaitan dengan hal ini buat masa ini.

Komen