Cari @ Amanz

Adobe Flash ialah sebuah platform pembangunan kandungan multimedia yang cukup popular sekali penggunaannya pada awal tahun 2000-an. Akan tetapi, pelbagai isu sekurit yang membelenggu platform ini memaksanya dimatikan menjelang tahun hadapan.

Microsoft baru-baru ini dilaporkan telah hadir dengan satu kemaskini untuk Windows 10 yang membolehkan pengguna untuk membuang fail-fail Adobe Flash, dan tidak membenarkannya dipasang pada komputer.

Walaupun begitu, buat masa ini ia tidak membuang sokongan Adobe Flash yang masih hadir pada pelayar web seperti Microsoft Edge ataupun Google Chrome.

Microsoft bersama-sama dengan Google mengatakan bahawa mereka akan mula menutup sokongan untuk Adobe Flash pada awal tahun 2021, dimana Microsoft akan memperkenalkan perisian yang akan membantu pengguna untuk membuang platform perisian tersebut daripada komputer mereka.

Ia dijangkakan bahawa pada pertengahan tahun hadapan, sokongan pada pelbagai perisian Microsoft yang lain, seperti Internet Explorer dan Microsoft Edge juga akan dibuang. Kemaskini polisi ini juga akan hadir pada sistem operasi Windows 8.1 kelak.

Ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana Adobe sendiri telah mengumumkan bahawa sokongan untuk Flash akan dihentikan pada penghujung tahun ini tiga tahun yang lalu.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd