Realme Memperkenalkan Variasi Realme C15 Dengan Cip Pemprosesan Qualcomm Snapdragon

Realme Memperkenalkan Variasi Realme C15 Dengan Cip Pemprosesan Qualcomm Snapdragon

Diterbitkan pada Okt 28, 2020 oleh .

Realme sebelum ini telah memperkenalkan Realme C15 yang hadir dengan cip MediaTek Helio G35. Terbaru, selain variasi berkenaan, Realme hari ini turut mengumumkan Realme C15 Edisi Qualcomm.

Variasi Realme C15 ini hanya menawarkan perbezaan dari segi penggunaan cip pemprosesan sahaja, sementara spesifikasi lain adalah lebih kurang sama – termasuk penggunaan bateri 6000mAh.

Realme C15 Qualcomm Edition ini hadir dengan skrin 6.5-inci, dijana cip Snapdragon 460, memori sehingga 4GB RAM, dan storan sehingga 64GB.

Melengkapkan ia juga adalah empat kamera belakang dengan sensor utama 13-megapixel, selain menggunakan antaramuka Realme UI.

Buat masa ini, variasi peranti ini hanya diperkenalkan di pasaran India sahaja. Tidak diketahui lagi sama ada ia akan turut hadir ke pasaran tempatan atau sebaliknya.



Paling Popular