Sejak Pete Lau ditugaskan untuk perancangan produk Oppo dan Realme, jenama OnePlus dilihat sudah hilang identiti. Mungkin kerana tidak berpuas hati dengan keputusan pihak atasan pada produk OnePlus, Carl Pei bercadang untuk pergi?

Terkini OnePlus telah hadir dengan aplikasi HeyPlus. Ia adalah aplikasi untuk mengemaskini TWS OnePlus Buds, OnePlus Buds Z, Oppo Enco W51 dan Oppo Enco X. Aplikasi ini adalah khusu untuk pengguna TWS ini pada peranti bukan Oppo atau OnePlus. OnePlus 5T ke bawah tidak menyokong aplikasi OnePlus Buds, peranti Android lain akan mengubah TWS ini menjadi TWS asas.
Jadi dengan aplikasi ini, tidak kira peranti apa anda tambatkan dengan OnePlus Buds atau Oppo Enco – ia kini boleh menerima kemaskini yang terkini. Aplikasi ini juga dilihat menjelaskan hubungan OnePlus dan Oppo semakin erat.
Harapnya kelak mereka tidak menggunakan strategi Xiaomi. Peranti Redmi di China menjadi Poco/Mi di pasaran global. Pasti ramai akan menyesal jika ada peranti Oppo di China berubah menjadi OnePlus di pasaran global.