Cari @ Amanz

Beberapa hari yang lepas, Vivo dikhabarkan akan menjenamakan semula Funtouch OS kepada Origin OS. Baru-baru ini, Vivo telah mengesahkan perubahan ini. Sidang pembangun Vivo akan diadakan pada 19 November ini. Origin OS akan diumumkan dengan lebih lanjut di acara ini.

Bermula dengan Vivo X50, Funtouch OS telah pun berubah dengan ketara. Ia lebih kemas, lebih mudah digunakan, tidak serabut serta mirip dengan Android asli. Pada Vivo V20, ia sudah mula menjalankan sistem operasi Android 11 menjadikan ia antara peranti terawal. Mungkin selepas ini, Origin OS adalah pengganti kepada Oxygen OS. Vivo mungkin ada peluang menarik perhatian peminat Android asli.

Sidang pembangun Vivo ini turut akan mengumumkan perkara-perkara baru Vivo seperti aplikasi baharu, permainan, perniagaan dan perusahaan, teknologi baharu, peranti berhubung dan banyak lagi. Origin OS mungkin hanya akan diumumkan dan Vivo X60 mungkin peranti pertama menjalankannya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd