SmartThings Find secara rasminya telah dilancarkan secara kepada pengguna global hari ini. Melaluinya, pengguna boleh menjejak atau mendapatkan kembali lokasi sebarang peranti Galaxy mereka yang hilang, tercicir atau tersalah tempat. Sebenarnya SmartThings Find telah dilancarkan secara percubaan pada Ogos lalu dan telah kami laporkan.
Antara senarai peranti yang boleh dijejak SmartThings Find ialah termasuklah peranti pintar, fon telinga, jam tangan pintar dan juga tablet. Samsung dalam kenyataannya berkata, perkhidmatan ini menggunakan teknologi Bluetooth Low Energy (BLE) dan UWB (Ultra-Wideband), selain dikatakan akan mengeluarkan bunyi deringan yang kuat bagi membantu pengguna mengetahui lokasi peranti dengan lebih mudah. Dengan bantuan tambahan seperti fungsi carian berasaskan AR, ia akan memaparkan grafik lokasi sebenar sekaligus memudahkan lagi proses carian.

Untuk makluman, perkhidmatan ini telah tersedia untuk pengguna global dan ia menyokong peranti Samsung dengan perisian Android 8 dan ke atas. Selain, jam tangan pintar Samsung dengan perisian Tizen 5.5 dan ke atas. Untuk mengakses, pengguna perlu melengkapkan proses pendaftaran ringkas terlebih dahulu dan menekan logo SmartThings yang terletak pada talam notifikasi peranti. Dari segi ciri ia menyerupai sistem Find My yang digunakan oleh Apple untuk kesemua peranti di bawah ekosistem mereka.