Cari @ Amanz

LG pada tahun ini telah hadir dengan Project Explorer, yang mana membolehkan mereka hadir dengan sejumlah peranti pada rekaan yang serba baru dan berbeza berbanding kebiasaan di pasaran hari ini.

Pada bulan lepas, LG telah memperkenalkan model pertama dibawah projek berkenaan, iaitu LG Wing. LG Wing menawarkan penggunaan dua skrin, diimana satu skrin boleh diputarkan – membentuk peranti dalam bentuk “T”.

Selain daripada itu, LG kini turut dalam persiapan memperkenalkan model kedua dibawah projek sama, iaitu sebuah telefon pintar dengan skrin boleh-gulung.

Ia dikatakan salah satu bahagian pada telefon berkenaan boleh ditarik – sekaligus membentuk peranti dengan skrin lebih besar.

Spesifikasi penuh berkaitan dengannya masih tidak diketahui lagi. Mengikut laporan awal, LG dijangka memperkenalkan peranti ini pada Mac 2021 kelak.

Selain LG, sebelum ini TCL turut telah memperlihatkan prototaip telefon pintar dengan skrin boleh-gulung mereka tersendiri.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd