Lazada Di Singapura Digodam – Pangkalan Data RedMart Menjadi Mangsa

Lazada Di Singapura Digodam – Pangkalan Data RedMart Menjadi Mangsa

Diterbitkan pada Okt 31, 2020 oleh .

Lazada merupakan salah satu laman edagang yang popular di rantau Asia Tenggara. Perkhidmatan yang dimiliki oleh Alibaba ini juga sebelum ini telah mengambil-alih salah satu perkhidmatan edagang memfokuskan barangan runcit, dinamakan RedMart di Singapura.

Apa pun, kini pangkalan data RedMart menjadi mangsa godam. Lazada sendiri mengesahkan perkara ini, dan mengatakan pangkalan data yang kali terakhir dikemaskini pada Mac 2019 menjadi mangsa godaman.

Antara info yang diakses oleh pengodam adalah termasuk nama pengguna, nombor telefon, alamat, dan juga kata laluan yang disulitkan. Disamping itu, sebahagian nombor kad kredit pelanggan RedMart turut diakses pengodam.

Lazada mengatakan mereka telah mengambiil langkah pantas, dan menghalang akses yang tidak dibenarkan ke pangkalan data berkenaan.

Pada masa yang sama, Lazada turut menekankan yang mana pangkalan data pengguna Lazada sekarang tidak menjadi mangsa – dan ia hanya sebuah pangkalan data melibatkan pengguna RedMart sahaja



Paling Popular