Spotify Dijangka Akan Meningkatkan Harga Langganan

Spotify Dijangka Akan Meningkatkan Harga Langganan

Diterbitkan pada Nov 1, 2020 oleh .

Spotify merupakan salah satu perkhidmatan penstriman muzik dan audio yang popular. Baru-baru ini, pihak Spotify telah mengumumkan penyata kewangan untuk suku yang lepas, sekaligus berkongsi mereka mempunyai lebih 320 juta pengguna aktif diseluruh dunia.

Daripadanya, Spotify mempunyai seramai 144 juta pelanggan berbayar yang menikmati penstriman kandungan tanpa iklan.

Bercakap lanjut mengenainya, CEO Spotify mengatakan mereka merancang untuk meningkatkan harga langganan mereka di beberapa pasaran secara berperingkat.

Menurut Spotify, mereka telah menguji peningkatan harga dibeberapa pasaran, dan ia memperlihatkan kesan positif. Ramai yang masih kekal menggunakan Spotify kerana penawaran kandungannya.

Akhir-akhir ini, Spotify dilihat mempelbagaikan lagi penawaran kandungan mereka. Selain hanya lagu, mereka juga turut telah menambah podcast, dan menarik sejumlah penerbit secara eksklusif ke perkhidmatan Spotify.

Buat masa ini, pihak Spotify tidak memberikan sebarang tarikh nyata berkaitan peningkatan harga, dan pakej serta negara yang terlibat. Sekiranya ia berlaku, mungkin peningkatan akan berlaku pada pakej keluarga terlebih dahulu sebelum pakej individu.

Namun, pada masa yang sama ia juga mungkin mencabar pihak Spotify dalam terus mengekalkan pengguna – terutamanya ketika era Covid-19 kini, disamping ketika Apple yang telah menawarkan berkas langganan mereka pada harga lebih rendah.



Paling Popular