Spotify telah mengumumkan mereka kini mempunyai 320 juta pengguna aktif bulanan. Ini adalah peningkatan dari 299 juta pengguna aktif bulanan yang dilaporkan pada Jun lalu dan peningkatan 29% berbanding suku yang sama tahun lalu. Turut diumumkan mereka kini mempunyai 144 juta pengguna berbayar iaitu peningkatan 27% berbanding suku yang sama tahun lalu.
Peningkatan ini berlaku selepas Spotify mula ditawarkan ke pasaran India serta Rusia. Rusia juga menunjukkan pertubuhan pengguna yang paling tinggi pernah dicatatkan untuk pasaran baru. Pada waktu yang sama Spotify turut mengumumkan 22% pengguna mereka kini menstrim kandungan podcast yang telah diperkenalkan lima tahun lalu.
Dengan angka terkini ini, Spotify masih jauh di hadapan dengan Apple Music mempunyai sekitar separuh sahaja pengguna. Cabaran Spotify ialah mengekalkan jumlah pengguna kerana Apple One yang bakal diumumkan akan menawarkan berkas pelbagai perkhidmatan Apple termasuk Music pada harga yang lebih rendah berbanding Spotify Premium.