Nama “Galaxy Note20 FE” Tersenarai Di Laman Web Samsung – Pengganti Note 10 Lite Mungkin?

Nama “Galaxy Note20 FE” Tersenarai Di Laman Web Samsung – Pengganti Note 10 Lite Mungkin?

Diterbitkan pada Nov 3, 2020 oleh .

Sejak tahun lepas, Samsung telah mula secara perlahan hadir dengan peranti mercu mereka yang dijana cip pemprosesan untuk pasaran Malaysia. Bermula dengan yang mahal melalui siri Galaxy Fold, Z Flip, sehinggalah Galaxy S10 Lite dan Note10 Lite. Kemudian Samsung kembangkan lagi peranti mercu dengan cip Snapdragon melalui Galaxy S20 FE.

FE atau nama penuhnya adalah Fan Edition mula digunakan sejak Galaxy Note 7 atau hanya Galaxy Note FE. Tetapi dengan strategi terbaru mereka, FE mungkin adalah siri yang lebih murah dan mampu milik seakan Lite. Selepas S20 FE, Samsung turut mungkin akan hadir dengan Galaxy Note20 FE. Ini kerana nama “Samsung Galaxy Note20 FE” mula muncul dalam laman web Samsung.

Menurut sumber, ia mungkin hanya kesalahan ejaan di laman web Samsung di Brazil. Kerana nama peranti ini ditemui di laman Galaxy S20 FE untuk bahagian kamera dan juga menyatakan saiz skrin peranti. Dua bulan lepas, Samsung menyatakan yang mereka akan melancarkan peranti FE setiap tahun. Tetapi adakah siri Note termasuk atau mungkin kita turut akan melihat Galaxy Z Fold FE?



Paling Popular