Carian
Peranti Fan Edition Kini Akan Dilancarkan Samsung Setiap Tahun
September 23, 2020 Effi Saharudin

Ketika acara Unpacked untuk melancarkan Samsung Galaxy S20 Fan Edition sebentar tadi, Samsung mengesahkan edisi Fan Edition ini akan dilancarkan setiap tahun khusus untuk peminat peranti mereka.

Dari apa yang dapat dilihat pada Fan Edition tahun ini ialah peranti yang menawarkan spesifikasi yang lebih baik dari segi bateri dan saiz skrin tetapi kemampuan kamera utama yang dikurangkan.

Agak menarik apabila difikirkan kerana siri Fan Edition hanya diwujudkan tiga tahun yang lalu sebagai model gantian Note 7 yang ditarik dari pasaran kerana masalah bateri.

Dengan penawaran terkini hari ini, Samsung menawarkan sembilan peranti kelas mercu – empat peranti S20, dua peranti Note20, dua peranti Z Flip dan satu Z Fold2. Jumlah peranti mercu paling banyak pernah ditawarkan mereka sejak mula menjual telefon pintar.

Komen