Amazfit Bip U Kini Boleh Dibeli Di Malaysia – Harga Serendah RM229

Amazfit Bip U Kini Boleh Dibeli Di Malaysia – Harga Serendah RM229

Diterbitkan pada Nov 3, 2020 oleh .

Amazfit Bip U adalah penjejak kesihatan terbaru dari Amazfit yang dilancarkan pada bulan lepas. Ia menggunakan panel skrin TFT LCD bersaiz 1.43-inci, 320×320 pixel dan dilindungi dengan kaca 2.5D. Bahan binaan pula adalah kekal dengan polikarbonat serta tali jam diperbuat daripada silikon. Terdapat 50 muka jam yang boleh dipilih dan bateri 225mAh dengan ketahanan selama 9 hari.

Ia turut mempunyai perlindungan 5ATM, menjalankan sistem operasi RTOS, hadir dengan sistem seakan penjejakan hebat seperti BioTracker 2 PPG Biological Optical Sensor, pemecut 6-paksi, pengimbas nadi RealBeats, pemantauan oksigen dalam darah OxygenBeats, pemantauan tidur SomnusCare, sistem pengesanan senaman automatik ExerSense, huami-PAI, pemantauan tekanan dan juga kitaran haid.

Terkini, Amazfit Bip U sudah boleh dibeli di Malaysia pada harga RM249 sahaja. Untuk jualan sempena pelancaran, ia hanya boleh dibeli di Lazmall Amazfit Official Store sahaja. Untuk menarik perhatian peminat, Amazfit Malaysia menawarkan harga promosi RM229 bagi pembeli terawal untuk hari pelancaran ini.



Paling Popular