Cari @ Amanz

Baru sahaja berkongsi mengenai tarikh pelancaran rasminya, kini kita disajikan pula dengan beberapa imej yang memperlihatkan rekaan sebenar Huawei Nova 8 SE pula. Menurut laporan yang memetik sumber, gambar-gambar tersebut ditemui menerusi satu hantaran di laman Weibo.

Imej dikongsi memperlihatkan panel belakang peranti hadir dengan modul kamera berbentuk segi empat bersama sokongan kuad-kamera utama. Ia juga dipercayai hadir dengan pengimbas cap jari pada paparan – ekoran tiada sebarang pengimbas cap jari fizikal ditemui pada panel berkenaan. Seterusnya, imej turut memperlihatkan peranti ini dalam dua pilihan warna iaitu biru dan putih.

Tapi malangnya, tiada satu diantara imej tersebut yang memperlihatkan rekaan pada bahagian hadapan peranti. Namun, imej pengolokan tertiris sebelum ini mengatakan ianya hadir dengan paparan jenis bertakuk kecil. Huawei Nova 8 SE bakal diperkenalkan secara rasmi pada 5 November ini dan maklumat lanjut bakal terjawab kelak. Sekadar selingan, adakah anda perasan rekaannya di sini kelihatan mirip seakan apa?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd