Carian
Oppo Dan Xiaomi Juga Akan Menggunakan Cip Exynos
November 3, 2020 Effi Saharudin

Pada waktu ini cip Exynos hanya digunakan sebilangan kecil pengeluar iaitu Vivo, Motorola, Meizu dan Samsung sendiri. Penggunaan cip kelas pertengahan dari Samsung kelak akan meningkat mengikut BusinessKorea yang melaporkan Exynos akan juga digunakan oleh Oppo, dan Xiaomi.

Kedua-dua syarikat ini akan mula menggunakan cip Exynos kelas permulaan dan pertengahan untuk separuh tahun pertama 2021. Sekiranya prestasi cip adalah memuaskan, Samsung kemudian mungkin akan dapat menawarkan cip mercu mereka pula yang hanya ditawarkan pada peranti keluaran sendiri.

Pada 12 November hadapan Exynos 1080 akan dilancarkan sebagai cip pemproses kelas pertengahan 5nm pertama di dunia dengan pelanggan pertama ialah Vivo. Cip ini akan menggunakan teras Cortex A78 yang berkuasa dan dilihat adalah pesaing kepada siri Snapdragon 700 dari Qualcomm.

Dengan dua pelanggan baru, Samsung boleh melonjak ke tangga ketiga pengeluar cip pemproses terbesar di dunia. Pada waktu ini Samsung masih di belakang Qualcomm, MediaTek dan HiSilicon.

Komen