Samsung Akan Melancarkan Exynos 1080 Pada 12 November Ini

Samsung Akan Melancarkan Exynos 1080 Pada 12 November Ini

Diterbitkan pada Nov 2, 2020 oleh .

Samsung bakal hadir dengan cip pemprosesan untuk peranti kelas pertengahan, Exynos 1080. Cip ini akan dibina berasaskan teknologi 5nm, menggunakan CPU Cortex-A78 dan GPU Mali G-78. Exynos 1080 akan menggantikan cip Eyxnos 980 yang menggunakan CPU Cortex-A77 dan GPU Mali G-76.

Skor bagi cip ini telah tertiris, ia memperlihatkan skor yang lebih hebat dari cip pemprosesan Snapdragon 865+. Snapdragon 865+ adalah cip peranti mercu yang ada di pasaran sekarang dan antara yang paling berkuasa. Dengan kehadiran cip Exynos 1080 ini, ada kemungkinan yang Samsung akan hadir dengan peranti kelas pertengahan yang membunuh peranti mercu. Samsung mengumumkan, yang cip ini akan dilancarkan pada 12 November ini di China.

Melalui skor AnTuTu sebelum ini, ia diuji pada peranti dengan 8GB RAM LPDDR5, 512GB storan dalaman UFS 3.1, skrin 120Hz dan menjalankan Android 11. Jika Exynos 980 pada tahun lepas menjana peranti Vivo X30 dan Exynos 1080 adalah penggantinya, ada kemungkinan besar ia akan menjana peranti Vivo X60 yang akan dilancarkan tidak lama lagi.



Paling Popular