Cip Kelas Pertengahan Exynos 1080 Dijangka Lebih Berkuasa Berbanding Snapdragon 865

Cip Kelas Pertengahan Exynos 1080 Dijangka Lebih Berkuasa Berbanding Snapdragon 865

Diterbitkan pada Okt 10, 2020 oleh .

Dari reaksi anda, kami melihat ramai gembira dengan pelancaran Samsung Galaxy S20 FE di Malaysia dengan cip Snapdragon 865 dan Z Fold2 dengan cip Snapdragon 865+. Tetap Samsung nampaknya masih belum bersedia untuk menghentikan pengeluaran cip Exynos mereka dan cip kelas pertengahan mereka kelak dijangka lebih berkuasa berbanding Snapdragon 865.

Ini adalah kerana cip yang diberi nama Exynos 1080 ini dihasilkan menerusi teknologi 5nm. Ia akan turut menggunakan CPU terkini Cortex-A78 dan GPU Mali G-78. Exynos 1080 akan menggantikan cip Eyxnos 980 yang menggunakan CPU Cortex-A77 dan GPU Mali G-76.

Exynos 980

Cortex A-78 memberikan peningkatan memproses sebanyak 20% berbanding A-77 dan Mali G-78 pula memberikan peningkatan 25% berbanding G-77. Oleh sebab itulah tidak mustahil Exynos 1080 boleh memintas kemampuan Snapdragon 865.

Selain itu Exynos 1080 juga akan menyokong rangkaian 5G. Walaupun dihasilkan sendiri oleh Samsung, Vivo akan menjadi pengeluar pertama menggunakan Exynos 1080 dengan X60 mungkin peranti tersebut.



TIPS & ULASAN