Markah Penanda Aras Peranti Dengan Cip Exynos 1080 Memintas Snapdragon 865+

Markah Penanda Aras Peranti Dengan Cip Exynos 1080 Memintas Snapdragon 865+

Diterbitkan pada Okt 13, 2020 oleh .

Sebelum ini kami melaporkan Samsung mendakwa cip kelas pertengahan mereka Exynos 1080 akan mempunyai kemampuan memproses yang lebih tinggi berbanding Snapdragon 865. Tetapi markah peranti dengan nama kod Orion yang tertiris menunjukkan Exynos 1080 juga mampu memintas kemampuan memproses Snapdragon 865+.

Dalam ujian Antutu 3D, Orion mencatatkan 693,600 markah yang memintas 642,671 markah yang dicatatkan Asus ROG Phone 3 yang menggunakan Snapdragon 865+. Walaupun ia pemproses kelas pertengahan, Exynos 1080 dihasilkan menerusi teknologi 5nm, dilengkapi CPU Cortex-A78 dan GPU Mali-G78. Bagi yang tertanya-tanya, Orion mungkin Vivo X60 yang akan dilancarkan kelak.

Dengan markah yang dicatatkan Exynos 1080 ini, ia memberikan harapan cip Exynos 2100 yang akan digunakan pada Galaxy S21 kelak akan lebih berkuasa. Sekaligus membolehkan ia bersaing dengan Snapdragon 875 dan Apple A14 kelak.



TIPS & ULASAN