Cari @ Amanz

Peranti mercu Samsung di Malaysia kebiasannya akan hadir dengan variasi yang dijana cip pemprosesan Exynos sahaja. Variasi Snapdragon terhad kepada versi FE, Z Fold, Z Flip atau Lite. Ia menjadikan orang ramai geram dengan Samsung, kenapa masih berdegil dengan nenggunakan Exynos yang jelas ketinggalan jauh berbanding Snapdragon dari Qualcomm yang lebih pantas.

Tetapi ini mungkin berubah dengan siri Galaxy S21. Peranti ini dilaporkan akan dijana dengan Exynos 2100 dan juga Snapdragon 875. Variasi yang dijana Exynos 2100 mungkin akan menjadi pilihan ramai, kerana Samsung dilaporkan telah mengubah rekaan cip mereka agar mirip dengan Snapdragon 875. Ini kerana Samsung akhirnya memilih untuk menggunakan CPU dari ARM. Cip peranti mercu Exynos akan datang, akan menggunakan Cortex-X1 sebagai teras utama sama dengan Snapdragon 875.

CPU ini akan mempunyai perubahan ketara untuk Exynos, kerana ia adalah 30% lebih berkuasa dari Snapdragon 865. Penggunaan ARM jelas adalah lebih baik dari CPU tersendiri seperti Mongoose pada Exynos 990. Selain itu, binaan Exynos 2100 turut dikatakan sama dengan Snapdragon 875 – iaitu tiga-teras Cortex-A78, dan empat-teras Cortex-A55 serta menggunakan rekaan 5nm.

Skor tanda aras yang tertiris bagi Exynos 2100 melalui Geekbench adalah 1,323 untuk satu teras dan 4,215 untuk multi-teras. Ia lebih hebat dari Snapdragon 875 yang hanya menerima skor 1,204 dan 4,121. Untuk GPU pula, Samsung akan menggunakan Mali-G78 yang mana dikatakan setaraf dengan Adreno 660 dari Qualcomm. Tetapi dengan pengalaman Qualcomm, kuasa GPU Snapdragon akan berkuasa 10% lebih dari Exynos.

Samsung turut dilaporkan membubarkan pasukan CPU mereka atas penggunaan CPU dari ARM. Jelas sekali Samsung tidak ingin mengalah dengan produk Exynos mereka. Lihat sahaja bukti baru-baru ini, Exynos 1080 untuk peranti kelas pertengahan jauh lebih berkuasa dari Snapdragon 865. Apa kata anda?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd