Carian
Perkhidmatan Samsung S Translator Akan Dihentikan Pada 1 Disember
November 4, 2020 Effi Saharudin

Satu demi satu perkhidmatan alternatif binaan kendiri dari Samsung mula ditamatkan. Jika pada Jun lalu S Voice dihentikan, kini tiba pula giliran S Translator untuk mengikuti jejak yang sama. Ia diperkenalkan 7 tahun lalu menerusi Galaxy S4.

Laman Samsung di Jerman mengesahkan S Translator akan berhenti beroperasi bermula 1 Disember kelak. Perkhidmatan ini mempunyai ciri yang sama seperti Google Translate tetapi sekadar menyokong 11 bahasa sahaja iaitu Cina, Inggeris UK, Inggeris AS, Itali, Jepun, Jerman, Korea, Perancis, Portugis, Rusia dan Sepanyol. Bagi mereka yang masih menggunakan S Translator, Samsung menyarankan perpindahan ke sistem Bixby.

Komen