Aplikasi Google Keep Untuk Chrome Akan Ditamatkan Pada Februari 2021

Aplikasi Google Keep Untuk Chrome Akan Ditamatkan Pada Februari 2021

Diterbitkan pada Nov 4, 2020 oleh .

Google Chrome adalah pelayar web yang bagus sekali.Ia bukan sekadar pelayar web, tetapi turut boleh dijadikan sebagai hab produktiviti dengan sokongan aplikasi web seperti Chrome App. Tetapi Google akan menamatkan Chrome App tidak lama lagi dan pengguna perlu siap sedia membiasakan diri dengan aplikasi web yang perlu di akses dengan melayari laman web tertentu.

Terkini, Google telah memaklumkan yang aplikasi Google Keep pada Chrome turut akan ditamatkan. Ia akan ditamatkan pada Februari 2021. Syukur, Google Keep menyelarikan data melalui akaun Google – jadi ia mudah untuk diakses secara rentas platform. Pengguna yang mengakses Google Keep dari pelayar web kini diarahkan untuk melawati keep.google.com untuk akses pantas dan mudah.

Sebagai permulaan yang pengguna perlu menggunakan laman web, ikon Google Keep turut dikemaskini dengan rekaan baharu yang lebih ringkas dan sedap mata memandang.



Paling Popular