Cari @ Amanz

Galaxy Buds adalah aksesori audio daripada Samsung dalam bentuk TWS. Ia mula dilancarkan sebagai penjejak kesihatan dengan Bixby terbina. Kemudian ia terus berkembang maju sehingga dua Galaxy Buds dilancarkan pada tahun ini – iaitu Galaxy Buds+ dengan Galaxy S20 dan Galaxy Buds Live dengan Galaxy Note20. Dua hari lepas, Samsung dilihat telah mendaftar tanda dagang Galaxy Buds Beyond di Eropah.

Terkini, nama yang sama dilihat telah didaftarkan di Amerika Syarikat pula. Adakah ini bermakna pelancaran TWS terbaru Samsung ini semakin dekat? Jika benar, ia mungkin akan dilancarkan bersama-sama Galaxy S21. Ia mungkin adalah pengganti kepada Galaxy Buds+. Harapnya ia adalah TWS jenis dalam telinga dengan pembatalan hingar aktif dan bukannya seperti Galaxy Buds Live.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd