Cari @ Amanz

Di saat maklumat tertiris Samsung Galaxy S21 menjadi buah mulut ramai pihak. Kini, timbul pula khabar angin terkini mengatakan fon telinga Samsung yang seterusnya mungkin dikenali sebagai ‘Buds Beyond’. Laporan memetik sumber mendakwa nama ini telah ditemui menerusi laman European Union Intellectual Property Office (EUIPO), baru-baru ini.

Tapi sayangnya, tiada sebarang butiran lanjut mengenainya yang dikongsi buat masa ini. Bahkan, mungkin terlalu awal untuk membuat sebarang spekulasi berhubung spekulasi dalamannya. Namun, ia mungkin hadir dengan penambahbaikan lebih menarik termasuk sokongan pembatalan hingar aktif yang masih dikekalkan padanya. Bagaimanapun, maklumat ini masih di peringkat ura-ura dan belum disahkan sepenuhnya. Agak terlalu awal untuk merungkai mengenainya buat masa ini.

Sekadar selingan, fon telinga terkini Samsung Galaxy Buds Live telah sedia hadir di pasaran tempatan. Bagi yang berminat, anda boleh mendapatkannya pada harga RM699 seunit dan jangan lupa juga untuk baca ulasan penuh kami mengenainya di pautan ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd