Activision Blizzard Akan Menawarkan Kesemua Permainan Video Mereka Ke Peranti Pintar

Activision Blizzard Akan Menawarkan Kesemua Permainan Video Mereka Ke Peranti Pintar

Diterbitkan pada Nov 4, 2020 oleh .

Actvision Blizzard ialah pembangun permainan video yang mempunyai pelbagai IP besar di bawah naungan mereka. Kesemuanya sebelum ini ditawarkan di konsol dan PC sahaja dengan grafik kelas tinggi. Tetapi ketiga sesi panggilan pendapatan mereka hari ini, Activision Blizzard mengumumkan akan menawarkan kesemua IP mereka pada peranti pintar.

Pengumuman dilakukan selepas melihat kejayaan Call of Duty Mobile yang sehingga kini telah dimuat turun lebih 300 juta kali. Walaupun boleh dimainkan secara percuma, syarikat masih mampu menjana pendapatan dengan menjual aksesori kosmetik seperti pakaian dan senjata.

Selepas COD Mobile, Diablo Immortal pula akan ditawarkan ke peranti mudah alih selepas diumumkan dua tahun lalu. Peranti mudah alih semakin pantas menjadi platform permainan video yang popular kerana penawaran percuma dan tidak memerlukan pengguna sentiasa di depan TV.



Paling Popular