Google Message Menguji Kemampuan Menjadualkan Penghantaran SMS

Google Message Menguji Kemampuan Menjadualkan Penghantaran SMS

Diterbitkan pada Nov 5, 2020 oleh .

Google Message semakin lama semakin menarik untuk digunakan. Pada awal sekali, Google memperkenalkan sokongan RCS iaitu pengalaman menghantar SMS seakan iMessage. Hanya gunakan Internet sahaja. Di Malaysia ia bergantung kepada syarikat telekomunikasi sama ada ingin aktifkan ataupun tidak. Dalam ujian kami, Maxis dan Celcom sahaja yang boleh mengaktifkan RCS di Malaysia.

Kemudian, Google hadir dengan sistem mengorganisasi mesej yang menyusun SMS mengikut kategori seperti OTP, resit, peribadi, tidak dikenali dan lain-lain. Terkini, Google dilihat sedang menguji kemampuan menjadualkan penghantaran SMS. Pengguna hanya perlu tekan dan tahan butang hantar untuk memilih masa cadangan Google, keesokan harinya atau terus tetapkan sendiri masa dan tarikh SMS tersebut ingin dihantar.

Fungsi seperti ini sudah lama hadir pada banyak aplikasi pemesejan lain. Tetapi Google akhirnya sedar yang ini adalah ciri yang ramai inginkan. Buat masa ini, ia masih lagi dalam bentuk ujian A/B dan hanya segelintir pengguna sahaja akan menerimanya. Tidak pasti lagi bila ia akan diedarkan secara meluas atau akan hanya menjadi sebahagian dari ujian semata-mata sahaja.



Paling Popular