Cari @ Amanz

Seperti yang dilaporkan sebelum ini, Apple akan hadir dengan generasi baharu AirPods iaitu generasi yang ketiga bagi menggantikan AirPods generasi kedua. Menurut laporan sebelum ini, AirPods 3 ini akan menggunakan rekaan seakan AirPods Pro.

Terkini, satu imej telah muncul di arena web yang mendakwa ia adalah sebahagian dari TWS Apple tersebut. Ia memperlihatkan sebahagian dari pod pengecasan dan juga bahagian fon telinga. AirPods 3 ini dilihat masih mengekalkan konsep seakan EarPod atau AirPods lama yang mana adalaj bukan jenis dalam telinga. Tetapi ia dilihat mempunyai bahagian silikon yang boleh digantikan. Ini adalah apa yang Oppo lakukan pada TWS Enco Free mereka.

Disebabkan ini adalah AirPods biasa sahaja, jadi ia akan dijual pada harga yang lebih murah dan tidak akan menawarkan sokongan pembatalan hingar aktif. Laporan turut menyatakan Apple juga akan hadir dengan AirPods Pro generasi kedua dengan saiz yang lebih kecil dan juga rekaan yang lebih membulat.

Tambahan sumber lagi, kesemua AirPods baru ini tidak akan dilancarkan pada tahun ini. Dengan berita AirPods Studio juga masih hambar dan senyap begitu sahaja, ada kemungkinan besar ia akan dilancarkan bersama-sama. Kalau bukan tahun ini, ia mungkin akan dilancarkan pada tahun hadapan. Sama-sama kita nantikan.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd